Monday 10 December 2012

coklat OH coklat..!


                                           i.          APA itu coklat??

Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.


ii.        KELEBIHAN COKLAT

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.

Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.

Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b)         Membantu menguatkan hafalan
c)         Membantu menajamkan mata dan minda
d)         Membantu memulihkan keletihan saraf
e)         Membantu menguatkan daya ingatan
f)          Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g)         Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit                             jantung
h)        Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i)          Melambatkan proses penuaan

Saturday 24 November 2012

kawad SUKEM..

semalam  penutup bagi sukan ukm (SUKEM)..semua kolej hantar satu pasukan kawad tuk bertanding..aku pun masuk jugak..perghhh mne tahan,kne pakai sluar track dengan sweater warne oren.da macm pencuci bangunan je rasenye..kikiki tapi kmi xlah perfectly berlatih tuk perbarisan pnenutup sukem neh.sebb org xcukup..one day before hari perbarisan tu baru cukup org...so kami tawakal je.heheh
ha,tengok le gmbr kat sebla tu..da mcm cleaner kn?knn?hahah



yang kat seblah neh plak..membe2 aku.siti dengan wan..dorang berdua lah yang ajak aku tuk join aktiviti kawad neh.tengok dorang tu..lek je,leh lagi senyum walau pun da rase macam kat sauna je sebb pakai sweater kawad tu..hehehe kaki pun da lenguh sesangat sebb kene berdiri lame, dari pukul 9 sampai le pukul 11 macm tu.da la padang becak.xbleh nak duduk.huhu

ha.yang kat atas neh plak gambar aku dapat pingat..menang men ping pong dulu.tapi pingat gangse je  la.kikiki but i'm proud with it :)

Tuesday 20 November 2012

senyum....


  • Rasulullah saw sentiasa tersenyum manis dan ini sangat menyenangkan sesiapa sahaja yang melihatnya. 
  • Senyuman adalah sedekah, senyuman yang ikhlas memiliki daya sentuhan yang amat mendalam ke lubuk hati sesiapa pun yang melihat nya. 
  • Senyuman juga adalah nikmat Allah yang amat besar bagi manusia yang mencintai kebaikkan. 
  • Malah, dengan senyuman juga dapat melemahkan musuh.....